Proses pembidaan Pembidaan_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2024_dan_2028

Sukan Olimpik 2024

Proses pembidaan Sukan Olimpik 2024 dimulakan bersamaan dengan pengumuman nama lima calon yang membida pada 16 September 2015. [4] Prosedur ini terdiri daripada tiga peringkat: Tahap 1 - Visi, konsep dan strategi temasya; Tahap 2 - Tadbir urus, perundangan dan pembiayaan gelanggang; dan Peringkat 3 - Penyampaian temasya, pengalaman dan warisan gelanggang. [5]

PeringkatTarikhPenyerahan Fail Calon
1Visi, Konsep dan Strategi Temasya15 September 2015 - 1 Jun 2016Fail Calon Bahagian 1
17 Februari 2016
2Tadbir Urus, Perundangan dan Pembiayaan GelanggangJun - Disember 2016Fail Calon Bahagian 2
7 Oktober 2016
3Penyampaian Temasya, Pengalaman dan Warisan GelanggangDisember 2016 - September 2017Fail Calon Bahagian 3 3 Februari 2017

Lima calon telah diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 16 September 2015: Budapest, Hamburg, Los Angeles, Paris dan Rom. Namun, beberapa bandar telah menarik diri disebabkan oleh ketidakpastian politik dan masalah kos. [6] Hamburg menarik bidaannya pada 29 November 2015 setelah mengadakan sebuah referendum. [7] Rom menarik diri pada 21 September 2016 atas sebab kekangan fiskal. [8] Pada 22 Februari 2017, Budapest juga menarik diri setelah petisyen yang menentang pembidaan Sukan Olimpik telah mengumpul lebih banyak tandatangan daripada yang diperlukan untuk mengadakan referendum. [9] [10] [11]

Gabungan Sukan Olimpik 2024 dan 2028

Pada 30 Mac 2017, pasukan penilaian IOC menamatkan tinjauan awal mereka mengenai cadangan daripada Los Angeles dan Paris. Suruhanjaya penilaian IOC telah memuji kedua-dua calon ini kerana mempunyai "kreativiti dan fokus warisan yang kuat." [12]

Demi menjamin masa depan Sukan Olimpik selepas beberapa bandar yang membida untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Sukan Olimpik 2024 telah menarik diri, [13] pegawai Olimpik bertemu dengan suruhanjaya pembidaan dari kedua-dua calon tersebut pada 3 April 2017 semasa konvensyen IOC di Denmark untuk membincangkan kemungkinan hak menganjur diberi kepada kedua-duanya, dengan satu bandar menjadi tuan rumah pada tahun 2024 dan yang lain pada tahun 2028. [14] Walaupun kedua-dua bandar pada mulanya menentang kompromi ini, [15] Los Angeles telah menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkannya jika konsesi tertentu dibuat setelah terungkap bahawa Paris adalah "Calon yang paling baik" untuk edisi 2024. [16]

Lembaga Eksekutif IOC bermesyuarat di Lausanne, Switzerland untuk membincangkan proses bidaan Sukan Olimpik 2024 dan 2028 pada 9 Jun 2017. [17] Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa secara rasminya mencadangkan untuk memilih bandar-bandar tuan rumah Olimpik 2024 dan 2028 pada masa yang sama pada mesyuarat IOC yang berikutnya. Cadangan tersebut telah diluluskan oleh Mesyuarat Khas IOC pada 11 Julai 2017 di Lausanne. IOC telah bertemu dengan jawatankuasa pembidaan LA 2024, jawatankuasa pembidaan Paris 2024 dan IOC untuk membincangkan bandar mana yang akan menganjurkan Sukan Olimpik 2024 dan 2028. Pada 31 Julai 2017, Los Angeles telah mengumumkan bahawa mereka akan menarik diri dari pembidaan Sukan Olimpik 2024 dan membida secara eksklusif untuk Sukan Olimpik 2028. [18] Kedua-dua jawatankuasa pembidaan Paris dan Los Angeles telah menerima dan berpuas hati dengan keputusan tersebut. [19]

Rujukan

WikiPedia: Pembidaan_Sukan_Olimpik_Musim_Panas_2024_dan_2028 http://www.abc.net.au/news/2014-08-14/melbourne-ur... http://www.abc.net.au/news/2017-08-01/paris-set-to... http://www.insidethegames.biz/articles/1026994/ioc... http://www.insidethegames.biz/articles/1030189/tor... http://www.insidethegames.biz/articles/1047403/exc... http://www.cbc.ca/sports/2.720/coc-authorizes-2024... http://www.tsr.ch/tsr/index.html?siteSect=200002&s... http://en.olympic.cn/news/olympic_news/2011-03-22/... http://abc7.com/sports/la-city-council-unanimously... http://aroundtherings.com/site/A__44770/Title__St....